Text Box: »	Latar Belakang Sekolah

        Laman Utama

Text Box: »	Falsafah Sekolah

           Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai merupakan suatu usaha yang berterusan bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan berkemampuan untuk memperkembangkan minat dan kebolehan pelajar ke arah kecemerlangan ilmu pengetahuan dan memupuk sahsiah yang terbilang.

             Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara, selaras dengan tuntutan Falsafah pendidikan negara dan Falsafah pendidikan Islam.

Text Box: »	Objektif Sekolah

§ Untuk mewujudkan pelajar-pelajar yang berminat,tekun dan sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan.

§ Untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

§ Untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan tuntutan agama dan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.

§ Untuk melahirkan insan yang berdisiplin,memiliki sahsiah yang terpuji, tidak mudah putus asa dan berbakat menjadi pemimpin.

§ Untuk melahirkan insan yang mengamalkan budaya penyayang.

§ Untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.