Text Box: Text Box: Projek Pukal 
Setiap kelas dibekalkan 50-100  naskah buku  dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu

Projek Iqra’  
Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai sebuah buku ‘Rekod Bahan Bacaan’ dan mencatat nama buku, nama pengarang, penerbit dan juga sinopsis bahan yang dibaca. 

Program Banyak Membaca  
Ia adalah khusus untuk Tingkatan 1 dan 2 . Pelajar digalakkan membaca seberapa banyak buku dan dicatatkan ke dalam borang khas yang dianalisis setiap tahun.Insentif dalam bentuk hadiah diberi kepada pelajar yang paling banyak membaca.

Khemah Membaca 
Kem ini diadakan pada tiap-tiap  tahun . Pelajar akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.

Kuiz Bistari 
Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan Ekonomi, Dadah, AIDS, Sejarah  dan Bahasa Inggeris.  Pemenang akan dipilih  dan diberikan hadiah insentif.
Text Box: RANCANGAN & PERLAKSANAAN

VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

MISI

Menjadikan Pusat Sumber SMKTD sebagai tempat berkesan bagi membudayakan tekonologi pendidikan bertaraf dunia.

 

MOTTO

“Inovasi Merentasi Generasi”

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

“MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN’’

 

*Menyediakan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik kepada guru dan pelajar.

 

*Merancang dan melaksanakan semua rancangan dan aktiviti mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

*Memberi layanan yang terbaik kepada guru dan pelajar yang menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Pusat Sumber Sekolah.

 

*Memberi khidmat nasihat, tunjuk ajar dan galakan kepada guru dan pelajar bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

*Menyediakan khidmat pengawas Pusat Sumber Sekolah yang penuh dedikasi dan beriltizam penuh terhadap tugas yang diamanahkan.

Text Box: RANCANGAN
Text Box: PENERAJU

EN.SHAIRUL AZMAN BIN BAHARI

 GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

E-mel : webmaster@smktdamai.edu.my