Text Box:

SMKTD TERSOHOR INDAH,

             TEMPAT BERTEDUH PELAJAR-PELAJAR ISTIMEWA

SELAMAT DATANG SALAM UKHUWWAH

             KERUANGAN YANG PENUH BERMAKNA

 

 

             Pendidikan khas sudah menapak di SMKTD semenjak 2003 selepas diarahkan berpindah dari SMK Jalan Pasir Putih. Pelbagai onak duri pelajar-pelajar khas telah lalui untuk seiring dengan Misi dan Visi SMKTD  mahupun selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas.

 

Di SMKTD, selain dari pelajar-pelajar biasa yang normal terdapat juga unit pendidikan khas bagi masalah pendengaran. Sekolah Integrasi bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran di SMKTD ini telah masuk tahun ke empat .

 

Bilangan Pelajar Khas 2003-2007

 

Tahun

Bilangan Pelajar

2003

53

2004

54

2005

59

2006

64

2007

54

 

 

 

 

 

 

 

 

                   Pelajar-pelajar pendidikan khas yang bermasalah pendengaran ini mengikuti sukatan pelajaran yang sama aliran perdana. Mereka mengikuti subjek pendidikan seni dan pendidikan jasmani sama seperti pelajar normal yang lain.Oleh itu mereka dikehendaki menduduki peperiksaan PMR dan SPM seperti pelajar biasa. Subjek-subjek mereka termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) di mana mereka belajar kod tangan dalam B.Melayu.

 

             Selain itu ,di unit pendidikan khas SMKTD 2007 di bawah pimpinan En. Abu Hanipah b. Mohd Isa terdapat Mini Pusat Sumber, Bilik ERT, 10 buah kelas , 64 orang pelajar bersama 15 orang guru yang mengajar iaitu Pn.Nor Shahida bt Baharudin selaku penyelaras, En. Abdul Rauf b. Sulaiman, En. Mohd Rafi b. Abd Latif, Pn. Siti Hawa b. Mat, En. Rathakrishnan a/l Narayansamy, Tn Haji Tajul Ariffin b. Lope Abd.Rahamn, Pn. Yasmin bt Adnan, Pn. Norhaslinda bt Md Shariff, Cik Yong Le Ling, Pn. Julaine bt Ghazali, Ustaz Md Shukri b. Zainun, En. Kamaruddin b. Simun, Cik Selvarany a/p Suppiyah, Pn. Sharifah Azlina bt.Syed Ghazalli, Tn. Hj Idris b. Hazis.

 

                Dari segi akademik keputusan PMR 2006  pelajar-pelajar khas tidaklah membanggakan setiap tahun. Walau bagaimanapun guru-guru khas prihatin akan masalah mereka yang terpaksa berjuang mendidik pelajar-pelajar khas supaya menjadi insan yang berjaya , berdikari dan seterusnya dapat menyumbangkan bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sehingga kini terdapat lebih kurang 4 orang pelajar khas yang telah lulus PMR dan mereka bersama pelajar-pelajar lain sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan vokasional di Shah Alam, Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

 

Analisis PMR

2003-2006

Tahun

Pelajar cemerlang (lulus)

2003

2

2004

Tiada

2005

2

2006

Tiada

 

 

Berikut kejayaan yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar  pendidikan khas juga terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum peringkat sekolah, negeri , kebangsaan dan Negara.

            

Pencapaian Ko-Kurikulum/ kurikulum  Pelajar Pendidkan Khas 2003-2007

 

· Mewakili Negeri Perak untuk Sukan MSSM di Melaka pada tahun 2003 dan di Sarawak pada tahun 2005

o 100 meter-Tempat 1

o Renang    -Tempat 1

o Mewakili Negeri Perak dalam Minggu Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2003,2004, 2005 dan 2006.

o Mewakili Negeri Perak dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2003,2004 dan 2005.

o Mewakili Negeri Perak dalam Majlis Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Negeri dan Kebangsaan 2003,2004 , 2005 dan 2006.

o Khat        –Tempat ke 3(2004)

o Khat        - Tempat ke 2(2005)

o Bercerita –Tempat ke 2(2006)

o Mewakili Negeri Perak pada Sambutan Tokoh Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2006 di Melaka.-Kurikulum & Ko-kurikulum

o Tokoh Kanak-kanak Sedunia 2006- 2 Orang pelajar telah Terpilih

o Pertukaran pelajar Keluar Negara 2004 selama 6 Bulan- Mastura Ahmad Ramdzan (USA)

 

Olahraga Pendidikah Khas Peringkat Negeri 2007 telah berjaya memungut 3 Emas, 4 Perak dan 4 Gangsa (Lontar peluru, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lempar Cakera, 100 m, 200m, 400m.

 

Pelajar-pelajar Khas juga aktif di peringkat sekolah dalam persatuan, kelab , sukan dan badan berunifom seperti Kelab Komunikasi Seluruh, Puteri Islam, Pengakap Bola Sepak ,Bola Jaring dan Pingpong.

 

 

Info Pelajar Khas

            

Syarat Kemasukan murid ke peringkat menengah Program Pendidkan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

· Berumur 12+ hingga 19+

· Disahkan oleh pengamal perubatan dan

Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

 

                Murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan, boleh mengikuti pendidkan menengah di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Intergrasi ataupun di Sekolah Menengah Pendidkan Khas Persekutuan Pulau Pinang atau Sekolah Menengah Pendidkan Khas Setapak. Mereka akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah seperti murid di arus perdana yang lain. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti pendidkan di program pendidkan khas intergrasi menengah dan penilaian akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

 

                   Selepas tingkatan 3, murid ini diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akedemik atau vokasional. Bagi yang meneruskan pelajaran dalam bidang akademik yang mana mereka akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan seterusnya mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Kertas soalan bagi subjek Matematik dan sains mereka dalam bentuk moderasi dan masa peperiksaan di berikan lebihan masa.

 

 

 

Disediakan oleh:

Pn. Nor Shahida Baharudin